Listen to Quran

Thursday, February 25, 2010

Apa kelebihan blog daripada facebook

Ramai yang menyukai facebook daripada blog dan ramai juga yang tidak tahu apa kelemahan dan kelebihan diantara kedua ini. Bagi pengemar facebook merasakan amat mudah untuk mereka mencari kenalan lama dan baru dan pelbagai aplikasi juga boleh diletakkan didalam ruang facebook mereka. Tidak dinafikan facebook mempunyai akses untuk mencari kenalan dengan mudah dan cepat namun terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan ramai orang tidak dapat meletakkan aplikasi yang mereka suka dihalaman facebook mereka.
Bagaimana pula dengan blog? Blog adalah tempat luahan atau penceritaan dimana pemunya blog itu dapat meluahkan apa yang terlintas dan ada yang membuat blog itu sebagai tempat rujukan orang ramai secara online.Bagi pengemar blog mereka boleh meletakkan sebarang aplikasi seperti gambar,bahan rujukan ,media dan boleh juga merubah rekabentuk ( layout ) mengikut citarasa sendiri.Berbanding dengan facebook , blog lebih mudah untuk kita susun semula atau pun edit dimana mereka boleh akses keseluruhan html ( Hyper Text Markup Language ) dan agak sukar untuk kita membuat begitu pada laman facebook.Anda telah melihat facebook dan blog dan terpulanglah kepada anda untuk memilih.....

No comments:

Post a Comment